Skip to main content

Sukan Lain

LTdL: Walscheid beri amaran awal

walscheid.jpg
Pelumba pasukan jelajah dunia, Maximilian Richard Walscheid, daripada NTT Pro Cycling melaungkan amaran pasukannya mahu menakluk saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini apabila mengungguli cabaran Kriterium Antarabangsa Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Saingan Kriterium Antarabangsa Malaysia itu menyaksikan cabaran sengit dalam praperlumbaan LTdL 2020 tatkala perlumbaan hari ini melibatkan jarak 86.7 kilometer mengelilingi Kota Kinabalu.

Walscheid mengungguli saingan apabila mencatat masa 1 jam 42.01 minit tetapi apa yang membanggakan apabila wakil tempatan daripada Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Salleh, meraih podium di tempat kedua sambil tempat ketiga menjadi milik Quick Blake daripada St. George Continental Cycling.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.




Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found