Skip to main content

Sukan Lain

LTdL: Tiga pasukan bertaraf dunia sahkan penyertaan

ltdl.jpg
Tiga pasukan bertaraf dunia (world team) sah akan bersaing dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 pada September depan.

Menurut wartawan Astro Arena, Karl Nunis, tiga pasukan berkenaan ialah, EF Education Easypost (Amerika Syarikat), Astana Qazaqstan (Kazkhstan) dan DSM Firmenich PostNL (Belanda).

Kehadiran tiga pasukan itu melengkapkan 22 pasukan yang akan bertanding bagi perlumbaan edisi ke-28 berkenaan.

Selain itu, tujuh asukan bertaraf 'proteam' akan turut serta, antaranya Polti Kometa (Sepanyol), Tudor Pro Cycling (Switzerland), VF Group-Bardiani CSF- Faizane (Itali), Equipo Kern Pharma (Sepanyol) dan Euskaltel-Euskadi (Sepanyol).

LTdL 2024 juga menyaksikan penyertaan sembilan pasukan bertaraf benua UCI dan tiga skuad kebangsaan, iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina.
 

Advertisement

Must Watch Video