Pihak penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL), Human Voyage, menafikan wujud masalah sekatan ke atas pelumba pasukan dari China dan Hong Kong untuk memasuki negeri Sarawak susulan penularan wabak koronavirus menjelang perlumbaan peringkat pertama di Kuching esok.
Kerajaan Negeri Sarawak telah pun mengadakan sekatan ke atas rakyat China untuk memasuki negeri itu berkuatkuasa 27 Januari lalu bagi membendung penularan wabak koronavirus.
Untuk saingan LTdL tahun ini pula, terdapat sebuah pasukan dari China, SSOIS Miogee Cycling Team, serta pasukan kebangsaan Hong Kong mengambil bahagian, dengan kedua-dua negara terbabit mempunyai catatan kes yang tinggi.
Bagaimanapun, Human Voyage mengesahkan tiada larangan bagi kedua-dua pasukan itu untuk memulakan peringkat pertama di Kuching esok.
Ini kerana keenam-enam pelumba pasukan SSOIS Miogee dibarisi pelumba import dan tiada pelumba China manakala pasukan Hong Kong sebelum ini berpangkalan di luar negara dan sudah lama tidak kembali ke tanah air.
"Sebelum ini, terdapat pelumba dari China dan kami telah dimaklumkan semua pelumba telah dibenarkan untuk ke Kuching bagi menghadapi saingan LTdL," kata Ketua Pegawai Operasi LTdL, Shahaizereen A. Hamid.
Dua pasukan dari China, Heng Xiang Cycling Team dan Giant Cycling Team, sudah pun menarik diri sebelum saingan bermula.
Dalam masa sama, Human Voyage akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membabitkan peringkat ketiga yang akan tamat di KLCC memandangkan satu kes membabitkan warga Kanada sudah pun dilaporkan di situ.
"Doktor kami akan memantau keseluruhan pelumba-pelumba LTdL. Beliau akan menilai tahap kesihatan setiap pelumba. Langkah pencegahan yang diseleraskan doktor yang ditugaskan akan memastikan mengelak daripada penularan virus tersebut."
Editor: Ammar Hakim