BERBASIKAL
LTdL: Syawal tekad lakar sensasi di Tanah Rata
Empat hari sebelum bermulanya Le Tour de Langkawi 2024 kem Malaysia Pro Cycling (MPC) terus diselubungi emosi bercampur-baur.
Semua kerana pelumba pendaki muda MPC, Muhammad Syawal Mazlin, terharu selain teruja untuk buat penampilannya dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) kali ini.
Menjadi sandaran untuk menggegar di peringkat ketiga dari Taiping ke Tanah Rata, Cameron Highlands, kerana kelebihan beraksi di tempat sendiri, lantas Syawal berbangga dengan pencapaian diri dan keluarganya.
Iklan
Kalau sebelum ini dia sekadar menjadi penonton tetapi kali ini dia sendiri menjadi sandaran penting MPC.
"Saya mula menceburi berbasikal sejak menonton LTdL di garisan penamat Cameron Highland dan hasil usaha itu saya layak menyertai MPC tahun ini.
"Pada asalnya ayah yang bawa saya menyertai fun ride dan saya tunggu semua pelumba sampai.
"Ini satu pencapaian yang amat dibanggakan keluarga terutama datuk yang meninggal dunia tiga hari lalu.
"Saya harap dapat lakukan sesuatu dalam penampilan kali ini selain penamatnya di kampung halaman sendiri," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Must-Watch Video