Skip to main content

Badminton

Sukan Para Asia: Cheah Liek Hou elak letak beban tinggi kepada rakan gandingan

ll
Advertisement

Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou, tidak mahu mengambil mudah cabaran dalam Sukan Para Asia terutama dalam misi memburu pingat emas acara perseorangan.

Berbekalkan pengalaman dan prestasi memberangsangkan dalam kejohanan antarabangsa, Liek Hou kini giat meneliti kekuatan pencabar utama bagi memastikan strategi terbaik dapat diterjemahkan di gelanggang.

Advertisement

Antara cabaran yang diberi perhatian ialah pemain tuan rumah dari Nagoya, selain pemain Chinese Taipei yang berada di ranking kedua dunia serta wakil China.

Selepas mencatat kejayaan emas perseorangan dan beregu dalam Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Perancis, Jun lalu, serta Kejohanan Antarabangsa Para Jepun bulan lalu, Liek Hou pastinya mahu membawa momentum itu ke Sukan Para Asia.

Advertisement

Liek Hou sedar faktor bermain di gelanggang lawan boleh menjadi cabaran tambahan, justeru analisis corak permainan setiap pencabar menjadi aspek penting dalam persiapan akhirnya.

Dalam acara beregu pula, Liek Hou turut memikul tanggungjawab membantu pasangannya, Mohd Faris Ahmad Azri, memperkemaskan permainan menjelang kejohanan.

Sebagai pemain berpengalaman, pemain berusia 38 tahun itu banyak berkongsi maklumat bersama jurulatih bagi membantu faris menyesuaikan diri dengan tuntutan saingan di peringkat tertinggi.

Namun, dengan gandingan yang masih baharu dan hanya melalui kira-kira tiga hingga empat kejohanan bersama, Liek Hou memilih untuk tidak meletakkan tekanan berlebihan terhadap gandingannya.

Kejayaan di Jepun bukan sekadar bergantung kepada prestasi individu, malah keupayaan gandingan baharunya menyesuaikan diri dan menterjemahkan segala persiapan di gelanggang.

"Tempoh pun sudah makin suntuk.

"Saya harap dia dapat serap, lagipun saya tidak mahu letak tekanan terlalu tinggi ke atasnya.

"Kami baru bergandingan dalam empat kejohanan.

"Saya berharap dia sudi berganding dengan saya dan menunjukkan peningkatan dalam tempoh beberapa bulan ini," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video