'Insentif akan dipertimbangkan dalam masa terdekat.'
Itu apa dikongsi Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Dr. Ong Shin Ruen, susulan kecemerlangan kontinjen pekak negara meraih pingat emas dalam Sukan Pekak Asia Pasifik 2026, sekali gus mengatasi sasaran empat emas.
Insentif daripada MSDeaf itu dijangka diumumkan selaras dengan Belanjawan 2026 di mana sukan pekak tersenarai dalam pembangunan sukan negara yang memperuntukkan RM460 juta.
"Imbuhan memang tidak adalah kerana tidak termaktub untuk sukan orang pekak.
"MSDeaf akan mengadakan mesyuarat khas untuk pertimbangkan sagu hati kepada pemenang dan atlet yang telah banyak berkorban," menurut Shin Ruen.
Sementara itu, fokus kini terarah kepada temasya Deaflympic musim sejuk 2027 di mana malaysia akan hantar skuad catur pekak negara yang tonjolkan aksi cemerlang meraih dua emas, satu perak dan satu gangsa dalam Sukan Pekak Asia Pasifik 2026.
"Pemilihan atlet ini bermula dari peringkat sekolah lagi.
"Mereka sedang membuat persiapan untuk menghadapi Deaflympic Musim Sejuk di Austria tahun depan," menurutnya lagi.