Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

LTdL: Sosa ikut jejak langkah Arredondo

sosa.jpg
Juara keseluruhan, Ivan Sosa dari pasukan Movistar, salah satu pasukan dari World Tour muncul juara keseluruhan edisi yang ke-26 Le Tour de Langkawi dengan hanya memenangi satu peringkat perlumbaan iaitu dari Putrajaya ke Genting Highlands.

Seperti tahun yang sebelumnya, juara peringkat queen stage selalunya akan terus mendahului sebelum muncul juara keseluruhan di akhir perlumbaan dan ini terbukti sekali lagi apabila Sosa menjadi pelumba dari Colombia pertama menang sejak rakan senegara, Julian Arredondo muncul juara pada tahun 2013.

Zhe Yie yang membuat debut saingan LTdL tahun ini menjadi pelumba negara pertama yang mengakhiri perlumbaan di Genting Highlands pada peringkat ketiga perlumbaan di tempat ke-39.

Satu lagi kayuhan bertenaga dipamerkan ketika peringkat keenam dari Georgetown ke Alor Setar apabila Zhe Yie berjaya mengikuti breakaway awal dan mengambil tujuh mata dari tiga zon pecutan yang dipertandingkan pada hari tersebut.

Dan Zhe Yie menamatkan saingan di tempat ke-62 keseluruhan, pelumba terbaik Malaysia pada edisi kali ini.

Advertisement

Must Watch Video