Skip to main content

Sukan Lain

LTdL: Sapura ungguli peringkat pertama

marcus-culley-sapura-ltdl.jpg
Pasukan tempatan, Sapura Cycling Team (TSC), melaungkan amaran awal dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 apabila mengungguli peringkat pertama dari Kuala Lumpur ke Tampin hari ini menerusi pelumba kelahiran Australia, Marcus Culley.

Laluan yang bermula di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) itu meliputi jarak sejauh 179.6 km dengan mempertaruhkan empat zon mendaki di Ampang, Genting Peres, Bukit Tangga dan Bukit Putus serta tiga zon pecutan di Pekan Batu, Ampangan dan Kuala Pilah.

Percaturan Sapura membuahkan hasil khususnya menerusi Culley yang terus meletakkan dirinya di peloton hadapan.

Culley terus memecut ke zon penamat dengan catatan masa 4 jam 20.40 saat untuk menjuarai peringkat pertama LTdL musim ini.

Bukan itu sahaja, Culley turut meraih jersi kuning sebagai pendahulu keseluruhan dan juga jersi hijau yang membawa gelaran Raja Pecut apabila memungut 21 mata daripada keseluruhan zon mendaki.

"Kami menantikan pecahan kelompok pelumba dan cuaca menjadi semakin panas.

"Saya diberikan cabaran hebat hari ini dan kayuhan saya tidak seperti yang diharapkan tetapi saya meneruskan rentak seperti pelumba lain yang kepanasan.

"Saya tidak mahu melakukan kesilapan dengan perlumbaan sudah tidak berapa jauh, jadi saya teruskan kayuhan," katanya. 



Lebih membanggakan, rakan sepasukannya, Muhammad Zawawi Azman, dinobatkan sebagai pelumba terbaik Malaysia.

Ini merupakan pencapaian terbaik pasukan Sapura sejak menyertain kejohanan berprestij Asia itu pada 2017.

"Semua pelumba mahu mendapatkan kedudukan terbaik di peringkat pertama. 

"Setakat ini semuanya berjalan lancar," kata Zawawi.

Advertisement

Must Watch Video