Hari gemilang buat pengurus pasukan Sapura Cycling Team (TSC), Sayuti Mohd Zahit, apabila sambutan hari lahirnya yang ke-34 disusuli kejayaan pasukannya menakluki peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 selain kini bergelar pasukan nombor satu Asia.
Sapura baru sahaja tiga tahun ditubuhkan tetapi dalam tempoh sesingkat itu, mereka telah melakar pelbagai pencapaian dengan yang terbaru, menakluki peringkat pertama LTdL 2019 dari Kuala Lumpur ke Tampin hari ini menerusi pelumba Australia, Marcus Culley.
Dalam perlumbaan itu, Culley meraih jersi kuning untuk muncul selaku pendahulu keseluruhan, termasuk jersi hijau, Raja Pecut, selain Mohd Zawawi Azman yang dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Malaysia.
Sapura kini di puncak ranking Jelajah Asia, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dengan 1,219 mata untuk mengatasi Terengganu Cycling Team (TSG) di tangga kedua dengan 1,190 mata.
"Ini kejayaan terbesar pasukan Sapura setakat ini kerana ia berkelas hors 2.0.
"Tahniah kepada Marcus atas pencapaian hebat ini dan kami berharap dapat mengekalkan jersi kuning sehingga peringkat kelapan," kata Sayuti.
Dalam masa yang sama, pelumba terbaik Malaysia, Zawawi, mengidam untuk merampas jersi putih, Pelumba Terbaik Asia, yang kini menjadi milik pelumba Vino-Astana Motor dari Kazakhstan, Grigory Shtein.
Zawawi di kedudukan ketiga dalam perebutan jersi putih manakala pelumba pasukan Jepun, Shoi Matsuda, di tempat kedua.
"Kami perlu terus bekerja keras, lagipun laluan semakin mencabar.
"Untuk itu, kami akan cuba atur strategi terbaik sehingga peringkat akhir," kata Zawawi.