Terengganu Cycling Team (TSG) memasang hajat besar untuk menakluki puncak tertinggi saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 di Genting Highlands apabila membawa masuk pakar pendaki dari Colombia, Carlos Quintero.
Ini merupakan kali kedua Quintero beraksi dalam LTdL setelah pelumba berusia 33 tahun itu berkhidmat dengan pasukan Colombia pada 2014.
Dia berjaya membantu pasukannya itu meraih tempat ke-10 keseluruhan dalam edisi tersebut.
Selepas enam tahun, Quintero yakin dia masih mampu menjadi pencabar di peringkat keempat saingan itu kelak yang turut menawarkan kelebihan buat pelumba yang berhasrat mencabar jersi kuning selaku juara keseluruhan.
"Kemenangan adalah perkara paling mustahak buat pasukan.
"Laluan paling mencabar mungkin adalah peringkat pendakian.
"Saya kini merupakan pelumba yang berbeza, mempunyai kayuhan yang bagus dan berasa senang dengan rakan sepasukan yang dianggap sempurna.
"Saya mahu memenangi jersi kuning buat pasukan," katanya menjelang perlumbaan kriterium LTdL di Kota Kinabalu, Sabah, esok.
Tahun lalu, TSG sekadar menamatkan saingan keseluruhan di tangga kesembilan biarpun kejayaan dicipta pelumba tempatan, Harrif Salleh, yang menjuarai saingan peringkat kedua membabitkan laluan dari Senawang ke Dataran Pahlawan, Melaka.
"TSG merupakan pasukan yang bagus dan saya pasti gembira jika dapat memenanginya untuk pasukan," katanya lagi.
Editor: Shaiful Shamsudin