SUKAN LAIN
LTdL: PKBM kecewa tindakan penganjur
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab, kecewa dengan tindakan penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 yang mengetepikan badan induk itu sepanjang lapan peringkat perlumbaan yang berakhir hari ini.
Penganjur perlumbaan, Human Voyage Sdn Bhd, dikatakan berdepan dengan masalah mendapatkan dana dan tindakannya mengetepikan PKBM membayangkan ketegangan di antara kedua-dua pihak.
PKBM selaku badan induk sukan berbasikal di negara ini tidak dijemput menghadiri majlis pelepasan atau penamat peringkat perlumbaan di sebalik kegagalan penganjur menarik penyertaan pasukan Pro Tour.
Iklan
"Saya agak kesal kerana saingan LTdL kali ini tidak mengikut protokol yang telah ditetapkan," kata Abu Samah.
Sementara itu, PKBM mengesahkan Tour of Iskandar akan tetap dijalankan walaupun hanya membabitkan tiga peringkat perlumbaan.
"Walaupun hanya menganjurkan tiga peringkat bagi saingan Tour of Iskandar, peruntukan lebih daripada RM1 juta diperlukan," katanya.
Must-Watch Video