Susulan pertukaran laluan peringkat keempat Petronas Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL 2024) daripada Kuala Kubu Bharu ke Genting kepada laluan baru Kuala Kubu Bharu ke Bentong sejauh 148.9 kilometer.

Perubahan laluan yang dimaklumkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur perlumbaan itu kerana mengambil kira faktor keselamatan peserta ekoran kerja-kerja penambahbaikan akan giat dilakukan ketika tarikh berlangsungnya perlumbaan.

Pemilihan laluan baru tersebut merupakan kali pertama sepanjang 28 tahun penganjuran kejohanan itu, dan sekaligus dianggap sebagai tarikan utama kali ini.

Menurut ketua pegawai operasi LTdL, Emir Abdul Jalal, keputusan perubahan laluan itu di buat pada awal Mei lalu ekoran penafian pengunaan laluan Genting sehingga September depan.

Perubahan laluan Genting yang sering dianggap sebagai 'Queen Stage' itu sedikit pun tidak mengurangkan kualiti laluan LTdL edisi 2024 ini.

Malah, laluan baru itu sebenarnya lebih mencabar dan tidak keterlaluan dianggap sebagai laluan pilihan untuk mengantikan 'Queen Stage' bagi penganjuran akan datang.