Skip to main content

Sukan Lain

LTdL: Penganjur akur gagal tarik pasukan 'pro-jelajah'

ltdl.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage Sdn Bhd, Datuk Ahmad Mustafa, mengakui perubahan tarikh Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 menjadi punca kegagalan mereka menarik penyertaan pasukan pro-jelajah dalam perlumbaan yang bermula Sabtu ini.

Penganjur edisi ke-23 itu terpaksa menerima hakikat mereka gagal membawa pasukan terbaik menyertai kejohanan itu apabila ia bertembung dengan beberapa perlumbaan lain selepas dipinda daripada tarikh asal, bulan lalu.

Kegagalan itu menyaksikan LTdL edisi ini akan membabitkan 22 pasukan tanpa wakil yang bertaraf pro-jelajah.

"Apabila kami terpaksa meminda tarikh itu, ia akan bertembung dengan pelbagai perlumbaan lain yang berlangsung serentak di Eropah.

"Antaranya adalah Paris–Roubaix dan Tour of Flanders.

"Kedua-dua perlumbaan itu merupakan perlumbaan bersejarah yang berlangsung hujung minggu ini dan minggu depan.

"Pasukan-pasukan bertaraf dunia pasti ingin menyertai perlumbaan bersejarah seperti Paris–Roubaix," katanya.

Advertisement

Must Watch Video