Saingan peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 hari ini bermula dari Bagan, Pulau Pinang, hingga ke Alor Setar, Kedah.
Tiada zon pendakian ditawarkan, namun tiga zon pecut menjadi taruhan, iaitu di Sungai Petani, Gurun dan Pendang dengan melibatkan jarak keseluruhan, 130.8km
30 kilometer pertama menyaksikan sembilan pelumba membentuk kelompok pendahulu dengan salah seorang daripadanya terdiri daripada pelumba tempatan, Nur Aiman Zhariff, daripada pasukan Sapura Cycling (TSC).
Menuju ke 20 kilometer terakhir, beberapa pelumba cuba memisahkan diri daripada kawanan pelumba, antara yang membuat pecahan kelompok adalah Andrea Guardini dan juga Conor Murtaugh.
Bagaimanapun, pelumba Andrioni Giocattoli-Sidermec, Matteo Pelucchi, lebih awal melintasi garis penamat untuk dinobatkan sebagai juara peringkat keenam.