Pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Nur Aiman Zhariff, berputih mata untuk menjadi warga tempatan ketiga yang menakluki peringkat saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 meskipun mengungguli kesemua zon pecutan hari ini.
Nur Aiman menjadi pelumba TSC tunggal tempatan dalam saingan LTdL tahun ini.
Pelumba kelahiran Setiu itu mengungguli kesemua zon pecutan yang ditawarkan di Chendering, Rantau Abang dan Bandar Al-Muktafi Billah Shah untuk berada di posisi terbaik bagi merampas jersi hijau selaku raja pecut daripada pelumba Vino Astana Motors, Federov Yevgeniy.
Nur Aiman sebelum itu berada dalam kelompok hadapan bersama pelumba, Alessandro Lacchi, Mattia Viel dan Rylee Field.
Bagaimanapun, kemalangan di beberapa kilometer terakhir meranapkan impian atlet berusia 23 tahun itu untuk mendapatkan kedudukan podium di laman sendiri.
"Ia sangat mengecewakan kerana kemalangan itu berlaku 3km menuju garisan penamat.
"Dalam usaha merebut mata bonus, saya cuba mengejar peloton depan kerana berpeluang untuk merebut jersi keseluruhan dan Asia," katanya.
Sementara itu, pasukan TSC telah pun memohon untuk mengurangkan denda buat salah seorang pelumbanya, Ahmet Orken, yang didapati melanggar undang-undang Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) apabila tidak mengenakan jersi juara kebangsaan dalam saingan ini.
Semalam, Orken muncul di tempat ketiga keseluruhan dalam perlumbaan di Kuching, Sarawak, namun sambutan kejayaan itu tergendala gara-gara pasukannya didenda 2,500 Swiss Franc (RM10,590).
"Kami dah minta kerjasama daripada jawatankuasa perlumbaan dan kami akan menunggu kata putus daripada mereka," kata pengurus pasukan TSC, Mohd Sayuti Zahit.
Editor: Shaiful Shamsudin