Nama Nur Aiman Zariff kembali menyinari carta sebagai pelumba terbaik Malaysia di Peringkat 4 saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 selepas menamatkan saingan dalam peloton di Bentong.

Aiman juga ingin menjadikan kejayaan itu sebagai salah satu suntikan semangat buat dirinya untuk terus memburu tempat terbaik dan mengejar posisi tiga pelumba terbaik Asia.

Di sebalik kejayaan Aiman, lima pelumba negara tersingkir daripada perlumbaan selepas gagal menamatkan saingan dalam masa yang ditetapkan.

Ini termasuk Hariff Salleh mewakili Terengganu Cycling Team (TSG) dan Izzat Hilmi dari Malaysia Pro Cycling yang terus tersingkir daripada kejohanan edisi kali ini.

Sejumlah 20 pelumba tersingkir ekoran gagal menamatkan perlumbaan Peringkat 4 dalam masa yang ditetapkan termasuk lima pelumba termasuk negara selain Simon Carr dari EF Education Easypost dan Jakub Mareczko dari pasukan Corratec Vini Fantini.

Jepun kekal mendominasi kedudukan jersi putih yang dianugerahkan kepada pelumba Asia terbaik diikuti tiga lagi rakan senegaranya di tempat ketujuh hingga kesembilan manakala dua pelumba negara, Aiman Zariff dan Aiman Rosli mengisi kedudukan empat dan lima, seorang lagi wakil negara, Iqbal Daniel melengkapkan kedudukan 10 terbaik selepas empat peringkat perlumbaan.