Hari gemilang buat wakil tempatan, Team Sapura Cycling (TSC), yang meraih kejayaan berganda apabila menguasai dua jersi utama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 hari ini dengan merampas jersi kuning pendahulu keseluruhan dan mengekalkan jersi merah raja bukit.
TSC kehilangan juara edisi lalu, Benjamin Dyball, yang memainkan peranan penting ketika melakar sejarah menawan Genting Highlands.
Namun, ternyata dengan senarai pelumba baru, kelab tempatan itu masih mampu mengekalkan prestasi untuk sekali lagi mendapatkan jersi kuning menerusi Danilo Celano yang menduduki tempat kedua perlumbaan ini.
Genting Highlands dianggap sebagai peringkat penting dalam menentukan hala tuju setiap pasukan untuk baki saingan, terutama bagi pemburuan gelaran juara keseluruhan.
"Ketika melakukannya kali pertama, kami dianggap sekadar bernasib baik tetapi dengan melakukannya buat kali kedua, kami boleh dianggap sudah mencapai tahap yang lebih tinggi.
"Kami berjaya kekalkan status ini. Ia satu kejayaan buat pasukan Malaysia.
"Pada masa sama, ketika kami mendahului saingan, Nur Aiman pula mengekalkan jersi raja bukit, ia tidak pernah dilakukan oleh pelumba Malaysia," kata pengurus pasukan Sapura, Mohd Sayuti Zahit.
Dominasi Nur Aiman yang menguasai tiga daripada lima zon pendakian dalam peringkat keempat itu juga turut melengkapkan hari gemilang TSC dengan mengumpul 14 mata.
Atlet kelahiran Setiu, Terengganu itu berpeluang untuk melakar sejarah menjadi pelumba Malaysia pertama yang diangkat sebagai raja bukit dalam tempoh 25 tahun penganjurannya sambil saingan berbaki empat peringkat lagi.
Zon pendakian selepas ini akan melibatkan peringkat keenam, iaitu dari Taiping ke Pulau Pinang dan peringkat kelapan, Langkawi.
"Saya korbankan jersi pelumba terbaik Asia demi jersi raja bukit.
"Biasanya gelaran ini akan dimenangi oleh pelumba yang memegang status itu sejak awal saingan.
"Saya harap ia kekal sebegitu," kata Nur Aiman.
Editor: Shaiful Shamsudin