Pelumba pasukan jelajah dunia, NTT Pro Cycling, mula menunjukkan taring menerusi Maximillian Walschield yang menawan peringkat ketiga saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 hari ini.
Perlumbaan peringkat ketiga edisi ke-25 itu bersambung dengan Temerloh menjadi destinasi permulaan yang menawarkan jarak sejauh 162.5 km menuju ke Kuala Lumpur.
Seramai 122 pelumba memulakan saingan dengan enam pelumba membentuk kelompok hadapan untuk meninggalkan peloton.
Tiga zon pecutan menjadi taruhan buat semua pelumba ketika di laluan Mentakab, Desa Bakti dan Mempaga yang menyaksikan tiga pelumba berlainan menguasainya, dimulai oleh Ahmet Orken yang mewakili Team Sapura Cycling (TSC), Bernard Van Aert (PGN Road Cycling) dan Gergios Bouglas (SSOIS Miogee).
Pelumba tempatan, Nur Aiman Zhariff, pula tidak mengecewakan apabila mengungguli dua zon pendakian, iaitu di Bukit Damar dan Bentong manakala Genting Sempah dikuasai Rylee Field.
Persaingan semakin sengit ketika menuju 4km terakhir dan Walschield melintasi garisan penamat terlebih dahulu untuk menguasai peringkat ketiga itu sementara pelumba pasukan Nippo Delko Provence, Riccardo Minali, di tempat kedua, disusuli pelumba TSC, Orken, di tangga ketiga.
Walschield turut merampas jersi hijau raja pecut sementara baki dua jersi utama, iaitu pelumba terbaik Asia dan pendahulu keseluruhan masih dipegang oleh pelumba Vino Astana Motors, Federov Yevgeniy.
"Saya amat berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana mempamerkan usaha yang mengagumkan.
"Saya menerima saingan sengit sehingga menuju garisan penamat dan berjaya melakukannya," kata pelumba pasukan dari Afrika Selatan berumur 27 tahun itu.
Editor: Shaiful Shamsudin