Pelumba Nippo–Delko–One Provence, Hideto Nakane, melakar sejarah menjuarai peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, yang juga kemenangan sulung sepanjang kariernya sejak berkecimpung pada 2011.
Seramai 117 pelumba memulakan saingan memasuki peringkat keenam yang bermula di Taiping, Perak hingga ke Padang Kota Lama, Pulau Pinang meliputi jarak sejauh 150.9 kilometer.
Zon pecutan pertama di Bagan Serai diungguli pelumba Vino Astana Motors, Gleb Brussenskiy, sementara Kwon Soon-Young daripada KSPO Cycling menakluki zon di Parit Buntar manakala Thurakit Boonratanathanakorn di Balik Pulau.
Tiada tentangan sengit oleh pelumba pasukan tempatan untuk zon pendakian yang menyaksikan lokasi di Teluk Kumbar dan Teluk Bahang masing-masing dikuasai Ben Van Dam dari Bridgelane Cycling serta Quentin Pacher daripada B&B Hotels–Vital Concept.
Carlos Quintero daripada Terengganu Cycling Team (TSG) cuba memberikan tentangan sengit menuju 20km terakhir, namun kayuhan pelumba Colombia itu masih belum cukup untuk menempatkan diri di kedudukan podium, apabila sekadar menduduki tempat kelima.
Nakane terlebih dahulu melintasi garisan penamat untuk bergelar juara, di mana kali terakhir pelumba Jepun memenangi peringkat LTdL adalah sembilan tahun lalu menerusi Takeaki Ayabe yang mewakili pasukan Aisan Racing Team.
Tiada perubahan buat pemegang jersi utama apabila masing-masing gah untuk mempertahankannya, termasuk jersi merah yang dipegang oleh Nur Aiman Zariff daripada Team Sapura Cycling (TSC) selaku raja bukit.
"Ini merupakan kemenangan pertama saya dalam LTdL, sungguh menakjubkan. Rakan sepasukan banyak membantu dalam perlumbaan kali ini, sekali gus membenarkan saya beraksi bebas daripada tekanan," kata Nakane.
Editor: Ammar Hakim