Skip to main content

Sukan Lain

LTdL: Laluan di Sabah, Sarawak hampir mustahil

ltdl.jpg
Laluan di Sabah dan Sarawak hampir mustahil untuk disenaraikan dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan selepas statusnya diturunkan kepada kategori 2.1 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Yorkshire, baru-baru ini.

LTdL berdepan cabaran bagi membuktikan perlumbaan itu mampu meraih status siri profesional ekoran kos yang tinggi untuk melibatkan Sabah dan Sarawak.

"PKBM (Perseketuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) tiada masalah, kami bersetuju sekiranya mendapat kelulusan daripada KBS (Kementerian Belia dan Sukan)," kata presiden persekutuan itu, Datuk Abu Samah Abdul Wahab.

"Saya minta mereka untuk menulis surat kepada KBS untuk melihat sama ada KBS bersetuju atau tidak untuk memanjangkan perlumbaan kepada 10 hari dan melibatkan Sabah dan Sarawak.

"Ketika LTdL ke Sarawak pada 1996, ia menjadi satu kegagalan," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Perlumbaan Jelajah Semenanjung, bermula Isnin depan terpaksa membatalkan laluan di Kelantan susulan tempoh perkabungan kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra, Sabtu lalu.

Pihak penganjur akan mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri Pahang untuk memanjangkan laluan di negeri itu.

"Setakat ini, ia adalah laluan terbaik yang kami dapat jamin dalam perlumbaan Jelajah Semenanjung dan berharap ia akan dapat diterima sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pahang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Jelajah Semenanjung, Emir Abdul Jalal.

Advertisement

Must Watch Video