Berita baik buat peminat-peminat Le Tour de Langkawi (LTdL) yang kembali mewarnai arena sukan tanah air, selepas terpaksa ditunda tahun lalu.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab, mengesahkan perlumbaan jelajah itu bakal membuka tirai bermula 10 hingga 18 Oktober depan.
Sementara itu, Abu Samah turut berkongsi tiga pasukan daripada Malaysia akan sertai jelajah berkenaan, iaitu pasukan kebangsaan, Terengganu Cycling Team (TSG) dan Sapura Cycling Team (TSC).
Pasukan kebangsaan akan turun tanpa kelibat pelumba veteran, Fauzan Ahmad Lutfi pada saingan edisi ke-26 berstatus UCI ProSeries ekoran terikat dengan faktor kerja.