Legenda sukan berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan, mencabar pelumba tempatan untuk mengulangi kejayaan menjuarai sekurang-kurangnya satu peringkat dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL) bermula Khamis ini.
Tahun lalu, pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Salleh, menjuarai peringkat kedua dari Senawang ke Melaka.
Cabaran tahun ini dijangka lebih sukar dengan kehadiran pasukan bertaraf jelajah dunia, NTT Pro Cycling, namun Joo Ngan tidak berasakan ia sebagai satu alasan.
Malaysia akan diwakili dua pasukan bertaraf benua, iaitu TSG dan Team Sapura Cycling (TSC), selain skuad berbasikal kebangsaan.
"Sapura dan TSG merupakan pasukan yang mempunyai perancangan rapi.
"Mereka akan berlumba di tempat sendiri, jadi mereka 100 peratus mempunyai perancangan terhadap perlumbaan ini.
"Dua pasukan ini sentiasa berlatih dengan gigih.
"Saya harap pasukan kebangsaan kita juga dapat melakukan yang terbaik.
"Ketiga-tiga pasukan ini perlu bekerjasama dan melihat siapa pelumba bertuah yang akan memenangi perlumbaan.
"Mereka perlu memastikan pelumba negara daripada pasukan TSG, Sapura atau pasukan kebangsaan dapat menjadi perlumba terbaik.
"Itulah yang saya mahu saksikan," katanya.
Editor: Muzaffar Musa