Skip to main content

Sukan Lain

LTdL: Impian Daniel Haikal jadi kenyataan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

daniel-ltdl.jpg
Ibarat mimpi jadi kenyataan, kata pelumba berbasikal lebuh raya negara, Daniel Haikal Edy Suhaidee, selepas terpilih untuk mewakili skuad negara dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) bermula Khamis ini.

Pelumba berusia 22 tahun itu akan menjadi peserta termuda dalam skuad kebangsaan, yang turut dibarisi Anuar Manan, Nik Mohd Azwan Zulkiflie, Sofian Nabil Omar, Ameer Ahmad Kamal dan Izzat Hilmi Abdul Halil.

Menyedari akan turun berlumba dalam siri jelajah profesional pertamanya, Daniel Haikal bertekad untuk membalas kepercayaan ketua jurulatihnya, Yusof Abdul Nasir.

"Ia kali pertama saya dapat menyertai LTdL.

"Tambah-tambah lagi, saya akan berlumba di samping pelumba senior dan legenda seperti Anuar Manan dan Nik (Mohd Azwan).

"Masa kecil dulu, saya menonton Anuar Manan berlumba dalam LTdL di tv tetapi kali ini, saya sepasukan dengan Anuar Manan.

"Jadi, ia memberikan saya semangat untuk melakukan yang terbaik buat pasukan Malaysia," katanya.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video