Skip to main content

Sukan Lain

LTdL: Harrif sangkal saingan lebih mudah tanpa pasukan Pro Tour

harrif-salleh-ltl-sapura-2019.jpg
Juara peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019, Mohd Harrif Salleh, menepis dakwaan ketiadaan pasukan Jelajah Profesional Dunia (Pro Tour) dalam edisi ini memberi laluan mudah buat dirinya untuk menamatkan penantian Malaysia selama sembilan tahun.

Buat kali pertama sejak 2010, tiada sebarang pasukan Pro Tour yang mengambil bahagian dalam edisi LTdL kali ini kerana bertembung dengan jadual jelajah yang berlainan.

Pasukan tempatan mengambil kesempatan itu dengan Team Sapura Cycling (TSC) mengungguli peringkat pertama sementara Hariff mencatat sejarah menjadi pelumba Malaysia kedua selepas Anuar Manan untuk memenangi peringkat kedua LTDL musim ini.

Lebih manis, ia merupakan kali pertama Hariff memenangi saingan bertaraf kelas hors.

Harrif tangkas menepis dakwaan tersebut dengan menganggap cabaran yang dihadapinya tidak mudah seperti yang disangka di sebalik penguasaan pasukan Malaysia kali ini. 

Ini kerana cabaran pasukan benua sukar dijangka berbanding Pro Tour.

"Kalau pasukan Pro Tour terlibat, mungkin perlumbaan ini akan menjadi lebih mudah kerana pasukan profesional benua menerapkan strategi fokus kepada pecutan tetapi dengan kehadiran Pro Tour, mereka lebih berminat untuk mengawal perlumbaan. 

"Kiranya saingan LTdL kali ini lebih mencabar dengan ketiadaan Pro Tour," ujar Harrif. 

LTdL kali ini meyaksikan empat pasukan profesional benua mengambil bahagian, tiga daripadanya merupakan pasukan Itali, iaitu Bardiani CSF, Andoni Giocattoli-Sidermec, Neri Sottoli Selle Italia KTM dan sebuah pasukan dari Russia, Gazprom Rusvelo.

Sementara itu, sebanyak 16 pasukan lagi terdiri daripada pasukan benua dengan dua daripadanya adalah pasukan tempatan, Team Sapura Cycling (TSC) dan Terengganu Cycling Team (TSG).

"Sejarah telah dicipta Anuar Manan dan giliran Hariff mengikut jejak langkahnya. 

"Kita tahu bukan senang untuk rakyat Malaysia menjejak podium dalam LTdL tetapi dengan kejayaan meraih gelaran juara, ia pencapaian yang sangat bermakna buat kami," kata abang kepada Hariff, Zamri, yang mewakili TSG. 
 

Advertisement

Must Watch Video