Bahang Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 semakin terasa apabila 21 pasukan akan memulakan kayuhan pertama yang membabitkan peringkat Borneo di Kota Kinabalu, Sabah, esok.
Penganjuran edisi ke-25 kali ini menjadi lebih istimewa apabila membabitkan satu pasukan Jelajah Dunia, lima pasukan profesional benua, 14 pasukan benua dan satu pasukan kebangsaan (Malaysia).
Bagi Harrif Saleh, yang menjadi taruhan Terengganu Cycling Team (TSG), tetap menyimpan hasrat untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian tahun lalu yang menyaksikannya menawan Peringkat 2 dari Senawang ke Dataran Pahlawan, Bandaraya Melaka.
"Saya akan cuba buat yang terbaik lagi dalam edisi ini.
"Seperti sebelum ini, saya mahu menaiki podium jadi saya perlu terus cuba yang terbaik," katanya hari ini.
Begitupun, kelibat pasukan jelajah Dunia dari Afrika Selatan, NTT Pro Cycling Team, pula pasti akan mewujudkan saingan yang lebih sengit tetapi ia sama sekali tidak melunturkan semangat pelumba berusia 31 tahun itu.
"Saya akan cuba berikan saingan kepada mereka.
"Apapun saya perlu berikan yang terbaik."
Editor: Shaiful Shamsudin