Hari yang cukup gemilang Le Tour de Langkawi (LTdL) yang menyaksikan Harrif Saleh mengulangi kayuhan bertenaganya untuk menjuarai peringkat ketujuh, sebentar tadi.
Dalam laluan dari Bagan ke Alor Setar yang melibatkan jarak perlumbaan sejauh 130.4km itu, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) berkenaan sekali lagi unggul untuk menaiki podium dengan catatan 2'53:18 saat.
Selepas menawan peringkat kelima kelmarin, pelumba kelahiran Terengganu tersebut mengharumkan nama negara apabila mengatasi beberapa pelumba pilihan ketika menuju garisan pertama sambil wakil Bardiani CSF, Matteo Pelucchi, di tempat kedua disusuli pelumba ARA Pro Racing Sunshine Coast, Taj Jones.
Ikuti perkembangan LTdL dalam Nadi Arena berikutnya
Editor: Shaiful Shamsudin