Skip to main content

Sukan Lain

LTdL: Fedorov ungguli peringkat pertama

fedorov.jpg
Perlumbaan peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 meliputi jarak sejauh 96.2 kilometer di sekitar bandar raya Kuching berakhir dengan kemenangan pelumba pasukan Vino Astana Motor, Yevgeniy Fedorov, hari ini.

Pelumba dari Kazakhstan itu mencatat 1 jam 51.01 minit walaupun berdepan saingan sengit daripada Thurakit Boonratana (Thailand Continental Cycling Team) yang menduduki tempat kedua sambil wakil Team Sapura Cycling (TSC), Ahmet Orken, terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Selepas saingan hari pertama, Fedorov kini menyarung tiga jersi utama, iaitu jersi kuning (pendahulu keseluruhan), jersi hijau (pecut) dan putih (pelumba terbaik Asia).

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.



Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found