Legenda berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan, meminta penganjur, Human Voyage Sdn Bhd, lebih sensitif mengenai penyertaan pasukan Pro Tour untuk saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
Ia bagi menjaga reputasi dan status perlumbaan kelas hors dan perkara itu sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat post mortem LTdL dalam masa terdekat.
"Kehadiran pasukan Pro Tour memberikan pengalaman baru buat pasukan amatur yang menyertai saingan ini," kata Joo Ngan yang merangkul pingat emas acara lebuh raya Sukan Asia 1979 di Bangkok, Thailand.
Sementara itu, Joo Ngan turut meminta penganjur menjalin kerjasama lebih erat dengan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) selaku pemilik LTdL.
"Tahun hadapan menjadi edisi ke-25 LTdL dan pihak penganjur mahu menganjurkan saingan yang terbaik. Penyertaan pasukan Pro Tour akan menarik lebih banyak penajaan," katanya lagi.