Pelumba Malaysia Pro Cycling (MPC), Syazrin Awang Ilah atau lebih mesra dipanggil Black, teruja dengan perlumbaan tahun ini dengan kembalinya Terengganu dalam laluan Le Tour de Langkawi 2025.
Pelumba yang berasal dari Dungun itu ingin menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk pengalaman keduanya di LTdL lebih-lebih lagi laluan tahun ini juga bakal melalui hadapan rumahnya di Dungun.
"Untuk edisi kali ini, saya berharap dapat naik podium sebab tahun lalu LTdL pertama saya, mungkin pengalaman saya agak kurang," katanya menerusi Nadi Arena.
"Untuk tahun ini, saya telah banyak meraih pengalaman berlumba di luar negara bertemu pelumba bertaraf profesional.
"Peringkat Kuala Terengganu ke Kemaman, di halaman saya, saya akan melakukan yang terbaik."