Menjelang cabaran Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang akan berlangsung dari 29 September hingga 6 Oktober depan, Tudor Pro Cyling Team sedia menggegar perlumbaan untuk mendominasi gelaran pelumba terbaik keseluruhan meskipun berjaya memenangi dua jersi tahun lalu.
Sebagai rekod, pasukan yang berpangkalan di wilayah Sursee, Switzerland itu telah mengungguli dua gelaran - juara pecut dan juara pendakian menerusi kayuhan pelumba handal, Arvind De Kleijin dan Simon Pellaud bagi jersi oren dan jersi polka dot.
Tatkala ingin mempertahankan kejuaraan masing-masing, kedua-dua pelumba itu turut mengidamkan jersi hijau sebagai juara keseluruhan apabila bakal berdepan saingan daripada Sebastian Kolze Changizi (Denmark), Rick Pluimers dan Maikel Zijlaard (Belanda) serta Mathys Rondel (Perancis).
Sebelum ini, De Kleijn melakar pencapaian menakjubkan susulan berhasil memenangi peringkat kedua perlumbaan Paris-Nice selain muncul naib juara perlumbaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sambil Pluimers yang menggondol tempat kedua peringkat ketiga perlumbaan Gree-Tour of Guangxi manakala, Zijlaard yang turut meraih peringkat prolog pada Tour de Romandie, April lalu.
Pelumba dari Amerika Syarikat (AS), Simon Carr, yang mewakili pasukan EF Education Easypost akan kembali dalam misi mengekalkan jersi hijau serta juara berpasukan keseluruhan.
Perlumbaan sejauh 1,190km tahun ini bakal menyaksikan Pulau Langkawi kembali tersenarai dalam laluan selain buat kali pertama Miri dan Bintulu diadakan dalam edisi kali ini.