SUKAN LAIN
LTdL 2022: Joo Ngan saran beri laluan jurulatih muda berbasikal bukti wibawa
Ketua jurulatih berbasikal lebuh raya negara, Datuk Ng Joo Ngan, mahu memberi laluan kepada jurulatih tempatan yang lain untuk mengemudi skuad negara bagi menghadapi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022, Oktober depan.
"Sebelum ini saya memang ada ditawarkan untuk mengetuai negara dalam Sukan SEA Kemboja tapi saya tidak janji apa-apa lagi.
"Saya rasa jurulatih muda juga perlukan pengalaman dalam kejohanan besar," katanya di Nadi Arena hari ini.
Iklan
Dalam masa sama, dia percaya penundaan LTdL -- sepatutnya berlangsung dari 11 hingga 18 Jun ini --
tidak menjejaskan fokus pelumba negara walaupun berada dalam momentum terbaik ketika ini selepas Nur Aiman Zarif antara yang cemerlang dalam Sukan SEA Vietnam bulan lalu dengan merangkul pingat emas acara lebuh raya lelaki.
"Masih ada empat bulan lagi (sebelum kejohanan dilangsungkan) tapi kalau untuk persediaan, PKBM (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) perlu mulakannya sekarang.
"TSG dan Sapura pasti akan mengambil bahagian, pelumba mereka tidak akan menyertai pasukan kebangsaan," katanya lagi.
Must-Watch Video