Sjoerd Bax memenangi Peringkat Ke-7 perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 sejauh 107.1km dari Pekan Kuah dan kembali ke tempat permulaan sebelum melakukan 'loop' sebanyak lima kali di garisan tamat.
Laluan perlumbaan hari ini sepatutnya tamat di puncak Gunung Raya dengan satu lagi pendakian kategori hors dipertandingkan, bagaimanapun terpaksa ditukar kerana faktor keselamatan selepas terdapat beberapa kawasan mengalami tanah runtuh sepanjang laluan semalam.
Tiga pelumba melakukakan 'breakaway' awal daripada peloton yang diketuai Adria Moreno (Burgos BH), Willie Smit (China Glory) dan Nichol Pareja (pasukan Filipina).
Mereka berhasil menjarakkan diri dengan peloton dalam tempoh 4 minit 20 saat.
Dengan baki 8km sebelum garisan penamat, Bax memacu pasukan Alpecin-Deuceuninck apabila meloloskan diri daripada peloton pertama untuk menyertai tiga pendahulu.
Pelumba berusia 26 tahun itu kemudian memecut deras sekali gus memberikan kemenangan ketiga pasukannya dalam LTdL kali ini selepas Jakub Mareczko memenangi peringkat keempat dan Lionel Taminiaux peringkat kelima.
"Pasukan saya mengharungi perlumbaan yang hebat sepanjang minggu ini. Kami menawan dua peringkat sebelum ini dan kemenangan hari ini bagus buat saya.
"Saya sedar mempunyai peluang pada hari ini selepas berdepan kesukaran dalam pendakian di Peringkat 3, tapi hari ini saya berjaya mengharunginya," katanya.
Sementara itu, pelumba pasukan kebangsaan, Izzat Hilmi Abdul Halil, beranggapan meskipun laluan ditukar dan pendakian tinggi dibatalkan pada hari ini, saingan perlumbaan tetap sengit berlandaskan kelajuan yang ditetapkan peloton.
"Sudah jadi kebiasaan apabila laluan ditukar tapi perlumbaan hari ini agak laju.
""Dalam dua pendakian, saya tidak mampu bertahan tapi Insya-Allah saya akan cuba lagi hari esok.
"Rakan sepasukan cuba bantu saya memsuki peloton," katanya pula.