Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memberi gambaran awal untuk membentuk sebuah pasukan wanita kebangsaan bagi mengharungi Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Le Tour de Femina Malaysia (LTdF) 2019.
Perlumbaan itu, yang meliputi kayuhan sejauh 719.9km dari Jitra, Kedah, dan berakhir di peringkat keenam di Cyberjaya, akan berlansung dari 7 hingga 12 September depan.
Menariknya, Le Tour de Femina Malaysia 2019, yang dikhususkan untuk pelumba wanita, bukan sahaja menarik minat pelumba di rantau Asia, bahkan di serata dunia, termasuk Amerika Syarikat (AS).
Ia juga akan menjadi pentas untuk kutipan mata kelayakan Sukan OIimpik Tokyo 2020.
Selain itu, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengangkat kejohanan yang akan menghimpunkan 22 pasukan itu dalam kelas 2.1.