Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cilista Sport Sdn Bhd, Shahirudeen Seeni Mohamad, mahu mempertimbangkan semula tarikh anjuran Le Tour de Femina (LTdF) atas beberapa faktor bagi menjayakan perlumbaan itu.
Ia susulan tarikh perlumbaan tersebut hampir dengan Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember yang agak menjejaskan penyertaan negara jiran lain.
Jelajah berbasikal pertama yang dianjurkan di Malaysia itu sepatutnya bermula pada 7 September lalu, namun ia telah ditunda kepada 16 November depan, selang beberapa hari daripada temasya dwitahunan itu.
Shahirudeen juga menambah tarikh akan ditetapkan secepat mungkin selepas perbincangan dengan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
"Kami akan ada sedikit perbincangan dengan PKBM kerana kalau dilihat, pasukan yang datang semua dari Eropah. Dari Asia Tenggara tiada, jadi ia akan dibincangkan bagi mengimbangi pasukan," katanya.
Sementara itu, Shahirudeen turut menyasarkan perlumbaan tersebut merebut status Jelajah Dunia sekurang-kurangnya pada tahun 2022.
"Berbekalkan pengalaman kami sebelum ini, ia akan disesuaikan dalam LTdF. Kami sasar dalam tempoh dua atau tiga tahun untuk ke Siri Dunia."