Nasib Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Mereka tidak mampu menghantar pemain ke Sukan Asia Indonesia 2018, malah dilanda kebimbangan apabila bakal kehilangan Pusat Tenis Nasional di Jalan Duta, Kuala lumpur.
LTAM adalah antara empat persatuan sukan kebangsaan yang mengambil keputusan tidak menghantar pemain ke temasya sukan itu.
Ia susulan taraf pemain negara yang terlalu rendah selain terpaksa menanggung sendiri kos penyertaan sekitar RM50,000.
Tiga lagi persatuan yang tidak menghantar atlet ialah besbol, gusti dan bola baling.
"Beberapa pemain menghadapi beberapa isu. Selepas Sukan SEA, banyak peruntukan yang telah dikurangkan selain banyak isu yang perlu ditangani dalam masa terdekat ini.
"Jadi, kami mengambil keputusan menarik diri," kata Setiausaha LTAM, Mohd Rahizam Abdul Rahim.
Kali terakhir Malaysia menyertai acara tenis Sukan Asia ialah di Bangkok pada 1998 dan pernah meraih gangsa acara berpasukan lelaki Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun.
Keutamaan LTAM ketika ini bukan Sukan Asia tetapi untuk memastikan mereka terus beroperasi di Jalan Duta.
"Keadaan terdesak daripada segi kewangan ketika ini di mana kami terpaksa fokus kepada isu tersebut. Selain itu, kami fokus kepada pengambilalihan kompleks buat masa ini," ujarnya.
Sementara itu, salah seorang pemain negara, S. Theviya, berkata ranking semasa pemain negara masih tidak berada pada tahap Sukan Asia.
"Tahap kita tidak sampai di sana lagi. Sebab kita tiada ranking, kalau tidak kita akan pergi. Untuk bermain dalam Sukan Asia, kami perlu bekerja keras lagi," katanya.