Pemain tengah hoki negara, Muhammad Ramadan Rosli, adalah antara lima pemain yang diarah meneruskan sesi latihan bersama skuad pembangunan selepas diletakkan dalam senarai menunggu ke separuh akhir Liga Dunia di London, England.
Lima pemain ini perlu bersiap-sedia dipanggil pada bila-bila masa andai masalah menimpa skuad utama negara.
Selain Ramadan, turut berada dalam senarai itu ialah pemain tengah, Rashid Baharom, Joel Samuel Van Huizen, pertahanan, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan dan penjaga gol, Mohd Hairi Abd Rahman.
"Seperti saingan Liga Dunia sebelum ini, saya telah diberikan arahan untuk terus menjalani latihan sebagai langkah berjaga-jaga untuk dipanggil beraksi di London," kata Ramadan.
Mereka turut menyertai sesi latihan terakhir The Malaysian Hockey Tigers sebelum berlepas ke London, hari ini.
Posisi mereka juga diubah bagi meningkatkan kualiti permainan -- Ramadan dan Rashid sebelum ini beraksi sebagai penyerang.
Malaysia akan mengadakan tiga aksi persahabatan di London, iaitu menentang skuad pembangunan England, Wales dan Kanada sebelum memulakan kempen berdepan pasukan ranking pertama dunia, Argentina.
Sebelum skuad negara turun dalam perlawanan sebenar, mereka akan menghadapi siri perlawanan persahabatan bermula dengan skuad pembangungan England pada Jumaat, disusuli Wales dan Kanada.