Call of Duty Black Ops 6, Chess, CrossFire, Fatal Fury dan Valorant adalah lima acara baru yang bakal dipertandingkan di saingan Piala Dunia Esports 2025 yang akan berlangsung di Riyadh bermula 8 Julai ini.
Kejohanan berprestij itu buat julung kalinya telah diadakan pada tahun 2024 dan Malaysia telah melakar sejarah di Riyadh menerusi kejuaraan Selangor Red Giants di MLBB Mid Season Cup selepas menundukkan Falcons AP.Bren 4-3.
Dalam pada itu, sebanyak dua acara telah digugurkan daripada Piala Dunia itu iaitu Call of Duty Modern Warfare III dan Fortnite. Penambahan 5 acara pada tahun ini sekali gus melonjak jumlah acara kepada 25 acara berbanding hanya 22 acara pada tahun lepas.