BOLA KERANJANG
Liga Super Bola Keranjang buka ruang pemain amatur serlah bakat
Sukan bola keranjang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dengan pelbagai kejohanan dan inisiatif telah diambil Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dalam memperkasakan ekosistem sukan ini.
Kewujudan Liga Super Bola Keranjang yang dianjurkan buat kali pertama dalam sejarah ini turut mendapat kelulusan MABA.
Penganjuran liga ini menarik minat kelompok besar pemain amatur, semi profesional, mahupun bekas pemain negara untuk beraksi.
Iklan
Sejumlah enam pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan yang memasuki minggu ketujuh ini yang didominasi Shah Alam Titans.
"Kami cuba terapkan konsep dalam NBA yang bermula daripada liga hiburan sebelum dinaik taraf ke tahap semi-pro atau profesional.
"Kami menyediakan platform pencarian bakat yang mungkin boleh MABA pantau.
"MABA mungkin boleh lihat pemain-pemain liga ini yang boleh menyertai skuad kebangsaan," kata pengasas Liga Super Bola Keranjang, Tengku Muhammad Amir Tengku Abu Bakar, di Nadi Weekend sebentar tadi.
Antara keunikan Liga Super Bola Keranjang apabila menggunakan format NBA di Amerika Syarikat untuk menarik minat pemain import dari lima buah negara termasuk AS dan Filipina!
Lebih menarik, saingan liga juga memperkenalkan jendela perpindahan pemain yang berakhir pada 24 Januari lalu, sekali gus menambah tahap kompetitif dalam mengejar mahkota kejuaraan liga.
Must-Watch Video