Ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen, menafikan pasukannya tidak cukup cergas apabila bergelut ketika tewas 7-3 di tangan England, sekali gus melakar kekalahan kedua dalam saingan separuh akhir Liga Dunia di London, malam tadi.
Malaysia hanya mempamerkan aksi cemerlang pada separuh masa pertama dalam perlawanan di Stadium Hoki Lee Valley itu apabila skuad negara berjaya mengikat England pada
separuh masa pertama, namun hilang punca selepas meninggalkan bilik persalinan.
Situasi sama berlaku ketika tewas di tangan Argentina pada Jumaat lalu sehingga menimbulkan persoalan adakah pemain negara tidak cukup cergas.
"Kami menyedari bahawa England akan cuba mencari gol pantas ketika berdepan kami. Skuad negara perlu melihat ke hadapan dan dua perlawanan akan datang menjadi sangat penting," kata Van Huizen.
England meledak dua gol awal menerusi Barry Middleton dan Christopher Griffiths.
Namun, penyerang negara, Faizal Saari, menjaringkan gol pertama buat Malaysia menerusi pukulan penalti strok pada minit ke-19 sebelum Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil menjadikan kedudukan 2-2 sehingga tamat separuh masa pertama.
Selepas rehat, England mengganas dengan menambah lima jaringan menerusi Sam Ward (dua gol), Middleton dan Mark Gleghorne (dua gol).
Faizal turut berjaya menggandakan jaringan,namun masa terlalu suntuk untuk mengurangkan defisit jaringan.
"Kami sangat gembira dengan persembahan kami, setiap perancangan dan gerakan berjaya disudahkan dengan jaringan," kata kapten England, Ian Sloan.