Skip to main content

Hoki

Liga Hoki Dunia: Kemampuan Peillat buat Sukri terkesima

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

17617sukri.jpg
Kapten skuad hoki negara, Sukri Mutalib, terkejut dengan kemampuan pakar pukulan sudut penalti Argentina, Gonzalo Peillat, yang meledak empat gol ketika pasukan ranking pertama dunia itu menewaskan Malaysia 5-2 dalam separuh akhir Liga Dunia, awal pagi tadi.

Malaysia sudah membuat persiapan rapi, namun tidak cukup untuk menghalang Peillat.

Peillat meledak empat gol daripada enam pukulan sudut penalti yang diperoleh selepas memperdaya dua pelari pertama negara.

Ia membuktikan reputasinya sebagai pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia, sekali gus menjadi kunci kejayaan Argentina meraih dua kemenangan berturut-turut dalam Kumpulan A.

"Keputusan 5-2 adalah satu jurang yang besar. Kami tidak menjangkakan perkara ini kerana gagal bertahan dengan baik terhadap setiap pukulan sudut penalti Peillat," kata Sukri.

"Kami bermula dengan baik ketika berdepan Malaysia. Empat jaringan yang dihasilkan menerusi pukulan sudut penalti adalah sangat baik dan kami mahu terus mencari kemenangan," kata Peillat pula.

The Malaysian Hockey Tigers bermula baik apabila dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat kedudukan 2-2 sebelum tamat separuh masa pertama.

Gol Malaysia dijaringkan penyerang, Shahril Saabah, pada minit ketujuh dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil sebelas minit kemudian.

Selepas rehat, Peillat memusnahkan impian Malaysia dengan dua lagi gol peribadi sebelum penyerang, Facundo Callioni, melengkapkan kemenangan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016 itu pada minit ke-49.

"Jaringan keempat dan kelima telah membunuh perlawanan ini, tetapi pemain-pemain telah cuba bersaing sehingga penghujung perlawanan untuk merapatkan kedudukan.

"Kami perlu melakar kebangkitan ketika bertemu China dan Korea Selatan dalam aksi akan datang," kata pengendali skuad hoki negara, Stephen Van Huizen.

Kemenangan kedua berturut-turut Argentina mencerahkan peluangnya untuk menjuarai Kumpulan A.

Advertisement

Must Watch Video