Skip to main content

Hoki

Liga Dunia Wanita: Belgium, Sepanyol jadi sasaran negara

31517fatinsyafikah_1.jpg
Penyerang skuad hoki wanita negara, Fatin Syafikah Mohd Syukri, bertekad merobek gawang pasukan tuan rumah, Belgium, mahupun Sepanyol dalam aksi Kumpulan B Separuh Akhir Liga Dunia Wanita di Brussels, 21 Jun hingga 2 Julai ini.

Malaysia hanya memerlukan satu kemenangan dalam saingan itu bagi melayakkan diri ke Piala Dunia tahun depan, dan Fatin menyasarkan ke atas dua pasukan tersebut walaupun mereka memiliki kelebihan tersendiri selain menduduki ranking lebih baik. 

Fatin adalah antara pemain harapan skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah untuk menggalas tanggungjawab besar mencari peluang di hadapan gol lawan di Belgium nanti.

"Sekarang ini, kami menyasarkan (kemenangan menentang) Belgium atau Sepanyol dan kami perlu merancang taktikal.

"Kalau Itali, kita sudah tahu mereka meningkat kepada 15 dan Belgium 14, di situ kami boleh ada peluang," katanya. 

Mengakui ia bukan tugasan mudah, Syafiqah menegaskan dengan pengorbanan skuad negara kali ini, ia pasti berakhir dengan kejayaan.

"Setakat ini, baru dua hari kami bermula (latihan) pada 3.30 pagi dan semua pemain masih boleh sesuaikan diri, kita lihat macam mana nanti," jelas Fatin.

Tambahnya, kelebihan dan kekurangan pasukan lawan kini dikaji menerusi tayangan video yang diharapkan membantu skuad negara.

Turut bersaing dalam Kumpulan B adalah juara dunia dua kali, Australia, dan New Zealand.

Advertisement

Must Watch Video