Skip to main content

Hoki

Liga Dunia: Strategi uji tiga pasukan kerdil wajar -- Mirnawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mirnawan-nawawi-090617.jpg
Bekas ketua pasukan hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, mempertahankan tindakan Malaysia menguji tiga pasukan bertaraf kerdil menjelang aksi separuh akhir Liga Dunia di London ketika negara lain membuat persiapan yang lebih mantap. 

The Malaysian Hockey Tigers kendalian Stephen Van Huizen akan menentang skuad pembangunan England, hari ini, diikuti Wales dan Kanada. 

Antara tiga pasukan itu, hanya Kanada menyertai saingan di London dengan reputasi underdog dalam Kumpulan B. 

Namun, semua pihak perlu menghormati keputusan pihak pengurusan skuad kebangsaan kerana mempunyai perancangan lain yang dihajati Van Huizen. 

"Untuk mendapatkan rentak permainan dan menambah keyakinan, kadang-kadang ia baik untuk pasukan negara agar mereka dapat mencuba pelbagai strategi yang ingin lakukan dalam Liga Dunia nanti," ujarnya. 

Kemenangan penting bagi membakar semangat pemain negara selepas hanya meraih tangga kelima dalam kempen Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, bulan lalu. 

Selepas itu, pasukan di ranking ke-14 dunia itu hanya mengadakan dua aksi persahabatan, iaitu menentang skuad pembangunan negara sebelum berangkat ke London. 

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A akan memulakan kempen berdepan pasukan nombor satu dunia, Argentina, pada 17 Jun nanti. 
 

Advertisement

Must Watch Video