Skip to main content

Hoki

Liga Dunia: Sentuhan Terry Walsh mampu kejutkan Argentina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terry-walsh.jpg
Sentuhan Pengarah Teknikal, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Terry Walsh, mampu menghadirkan kejutan ke atas Argentina dalam aksi separuh akhir Liga Dunia dengan reputasinya sebagai pakar taktikal membantu ketua jurulatih, Stephen Van Huizen.

Sentuhan Walsh amat diperlukan The Malaysian Hockey Tigers apatah lagi dalam misi mengejar slot ke Piala Dunia Hoki 2018.

Pengendali berusia 64 tahun ini memiliki pengalaman luas di peringkat antarabangsa dan pernah membimbing gergasi seperti Australia, Belanda serta India.

Malaysia umpama semut untuk berdepan Argentina selaku pasukan di ranking pertama dunia, namun sentuhan Walsh mampu menghadirkan kejutan.

"Kebanyakannya melibatkan mental dan bukannya skil.

"Daripada aspek kekuatan, mereka memiliki kelebihan tetapi skil kedua-dua pasukan berada di tahap yang sama. Mampukah kita menyaingi Argentina? Sudah tentu," jelas Walsh.

Rekod pertemuan berpihak kepada Argentina dengan rekod pertemuan terakhir dalam Piala Sultan Azlan Shah 2012, Malaysia tewas 0-1.

Selepas itu, Argentina terus mempamerkan peningkatan hingga berjaya meraih pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016 sementara Malaysia gagal layak ke temasya itu selepas kali terakhir tampil di Sydney 2000.

Begitupun, siapa tahu pertemuan di Stadium Hoki Lee Valley, Sabu ini, Malaysia mampu menggegar arena hoki dunia.

Advertisement

Must Watch Video