Penyerang skuad hoki negara, Rashid Baharom, tidak terkilan meskipun tidak disenaraikan oleh jurulatih hoki negara, Stephen Van Huizen, ke London bagi membantu Malaysia menghadapi saingan separuh akhir Liga Dunia, bermula 15 Jun ini.
Van Huizen menyenaraikan 18 pemain, termasuk enam penyerang, yang akan berlepas pada 7 Jun nanti.
Rashid adalah antara lima pemain yang digugurkan selain Syed Mohd Syafiq Syed Cholan, Ramadan Rosli, Hairi Abdul Rahman dan Joel Van Huizen.
Meskipun namanya tercicir, dia tetap berpuas hati sepanjang mengikuti latihan pusat yang diadakan dan sudah memberikan yang terbaik untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan.
"Setiap penyerang mempunyai kelebihan masing-masing, itulah kriteria yang dipilih jurulatih selain kebolehan bermain di pelbagai posisi," katanya.
Rashid juga berasakan peluang buat skuad The Malaysia Hockey Tigers mencipta kejutan layak ke saingan Piala Dunia 2018 di India cerah berdasarkan prestasi pasukan dan kedudukan ranking semasa negara.
Saingan hoki Piala Dunia 2018 akan menampilkan 16 negara dan Malaysia perlu menamatkan sekurang-kurangnya dalam kelompok empat pasukan teratas Kumpulan A di London nanti.
"Insya-Allah peluang kita cerah untuk ke Piala Dunia.
"Dengan 16 pasukan yang cuba melayakkan diri, kita berada berada di ranking 13 dunia," tambahnya.