Selepas 10 tahun menyepi, Liga Bola Tampar Malaysia bakal kembali 13 Mac.

Lapan pasukan akan berentap membabitkan Selangor Lion, ATM Wolf, Johor Tiger, Sarawak Hornbill, Bomba Dragon, Kuala Lumpur Shark, Sabah Rhino dan Putrajaya Hawk.



Setiap pasukan bakal mempunyai dua pemain import dan juara akan menerima hadiah sebanyak RM20,000.