Skip to main content

Hoki

LHWM: TLHT kekal rekod 100 peratus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tlht.jpg
TLHT 3 SSTMI 0

Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menepati ramalan untuk meraih kemenangan kelapan berturut-turut dalam Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) selepas menewaskan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) 3-0 di Kuala Terengganu, petang tadi.


Skuad bimbingan Iman Gobinathan itu tampil garang untuk mendahului pada minit ke-11 menerusi jaringan padang Auni Athika Gahni, disusuli gol kedua tiga minit selepas itu.

Ia berpunca daripada gerakan tonggak import, Jaswinder Kaur, yang melakukan hantaran dari sebelah kanan padang sebelum disudahkan Nur Syuhada Suhaimi.

Memasuki suku kedua, TLHT memperkemaskan rentak dengan menyaksikan percubaan Auni Athika pada minit ke-29 dinafikan penjaga gol lawan, Nur Sofia Muhammad Azman.

Dengan kedudukan 2-0, tuan rumah gagal menambah jaringan apabila pukulan sudut penalti daripada Siti Noor Amarina Ruhani (m-40) dan Jaspreet Kaur (m-45) gagal menerjah jaring lawan.

Pintu gol SSTMI akhirnya bocor buat kali ketiga selepas Jaspreet tidak mempersia-siakan pukulan sudut penalti untuk melengkapkan kemenangan 3-0 TLHT.

Advertisement

Must Watch Video