Empat kemenangan berturut-turut bukan 'lesen besar' untuk Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) mendabik dada dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM), musim ini.
Menurut jurulatihnya, Iman Gobinathan, perjalanan masih jauh walaupun TLHT sudah menumbangkan pesaing terdekat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Blue Warriors dan Kelab Hoki Liaoning Infinite Space (LISHC).
Pemain-pemain juga, katanya, perlu merendah diri, dengan aspek menyerang dan bertahan perlu diberi lebih perhatian jika berhasrat kembali merampas kejuaraan liga.
"Untuk dilabel pasukan pilihan, tidak juga kerana saya sentiasa mengingatkan pasukan supaya fokus kepada satu demi satu perlawanan," ujar Iman.
TLHT akan berdepan Kuala Lumpur (KL) Wipers di Stadium Hoki Kuala Lumpur, esok, dengan kemenangan akan mengukuhkan kedudukan mereka di puncak liga.
Namun, Iman berkata sukar untuk meramal keputusan perlawanan tersebut sambil menyifatkan pasukan yang bijak mengambil peluang akan pulang selaku pemenang.
"Posisi serangan semakin meningkat, namun kami perlu memperkemaskan gerakan pukulan sudut penalti," tambahnya.