MSNT 7 MSSPP 2
Jaringan hatrik pemain pertahanan, Irfan Mirza Iswadi, membantu Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menamatkan rentetan kekalahan dalam Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) dengan membenam Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) 7-2 di Stadium Hoki Kuala Terengganu, hari ini.
Pesta gol Terengganu dimulakan Nukman Hakim Mohammad pada minit ke-29 dan menambah tiga lagi gol dalam suku ketiga menerusi Aliff Fakrulnizam Rawi (m-34), Irfan Mirza (m-41) serta Muhammad Yusri Jusoh (m-43).
Selepas mendahului 4-0, Terengganu dihadiahkan pukulan penalti pada minit ke-50 yang disudahkan Irfan Mirza.
Pulau Pinang mengurangkan defisit jaringan menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Aiman Abdullah seminit selepas itu.
Irfan Mirza melengkapkan hatriknya pada minit ke-53 selepas Terengganu sekali lagi memperoleh pukulan penalti untuk menjadikan kedudukan 6-1.
Nur Aniq Nukman Nakeli (m-58) kemudian menjaringkan gol kedua Pulau Pinang sebelum Wan Muhammad Ikram Wan Tarmizi menyudahkan pukulan sudut penalti Terengganu pada minit terakhir.