KUALA LUMPUR WIPERS 4 SSBJ JUNIORS 2
Kuala Lumpur Wipers meraih kemenangan kedua dalam Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) 2019 dengan menewaskan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Juniors 2020 4-2 di Stadium Hoki Kementerian Pelajaran Malaysia.
Wipers, yang menduduki tangga ke-10, diangkat selaku pilihan sempena pertembungan ini memandangkan SSBJ Juniors menduduki tangga kedua tercorot.
SSBJ Juniors terlebih dahulu membuatkan lawan tersentak dengan jaringan seawal minit kelima.
Namun, Kuala Lumpur Wipers tenang mengawal keadaan untuk mengikat kedudukan berselang lima minit menerusi pukulan sudut penalti.
Wipers terus memberikan tekanan untuk mengukuhkan kedudukan dengan tiga gol lagi menyusul selepas itu.
SSBJ Juniors cuba merapatkan kedudukan dalam suku terakhir tetapi usaha itu ternyata sudah terlewat.
"Kami amat memerlukan mata kerana sepanjang tujuh perlawanan ini, kami hanya mampu mengumpul lapan mata.
"Jadi, apabila menentang Perlis, Pulau Pinang dan SSTMI Thunderbolt, kami perlu meraih sembilan mata maksimum, seterusnya layak ke suku akhir," jelas jurulatih Wipers, James Murthy.
Sementara itu, jurulatih SSBJ Juniors, Lokman Yahya, merumuskan pasukannya keciciran mata dengan berkata: "Kami sebenarnya menyasarkan tiga mata tetapi masih banyak kesilapan yang dilakukan pemain.
"Di situlah pihak lawan menghukum kami.
"Keadaan itu meletakkan pemain saya dalam tekanan sehingga tidak dapat menjelmakan momentum sebenar."