Skip to main content

Hoki

LHRM: Anderson bangkit benam SSMS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lhrm.jpg
ANDERSON THUNDERBOLT 2 SSMS RESILIENT 1

Anderson Thunderbolt bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) Resilient 2-1 dalam perlawanan Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) di Stadium Azlan Shah, Ipoh, sebentar tadi.


Kemenangan itu adalah yang kedua buat skuad kendalian Mohd Nizam Hashim itu yang membuka kempen dengan kemenangan ke atas Terengganu, kelmarin.

Begitupun, Anderson ternyata beraksi di bawah tahap sebenar serta mensia-siakan beberapa peluang yang dicipta.

Sesuai dengan namanya, wakil Sabah, SSMS, memberikan tentangan sengit kepada tuan rumah.

Anderson bernasib baik kerana ketangkasannya penjaga golnya, Mohamad Hafiszudin Nasruddin, menyelamatkan kubu pasukannya daripada dibolosi pelawat, terutama ketika pukulan sudut penalti.

"Kami tidak bermain seperti yang sepatutnya. Mereka (pemain) berupaya bermain lebih baik daripada ini.

"Saya tidak tahu dan akan siasat kenapa mereka beraksi longkai," kata Nizam selepas perlawanan.

Tuan rumah hanya mula menunjukkan kesungguhan selepas pelawat mendahului melalui jaringan Muhamad Salman Sudirman pada minit ke-48.

Mereka kemudian hanya mengambil masa seminit untuk memadam defisit berkenaan melalui jaringan Muhammad Noor Syahmi Nor Azmi (m-49) dan kemudian memusnahkan lawan melalui pukulan sudut penalti Saiful Sahril Saiful Bahri (m-54).

Keputusan Hari Ini

MBPJ TIGERS 5-1 SABAH JR (SSMS-SHA/PHS)
BJSS THUNDERBOLTS 4-1 KL - WIPERS
MSNT-PHT-MSST 0-2 SSTMI THUNDERBOLT
AHP-MSP THUNDERBOLT 6-3 BJSS JR 2022
SSTMI JUNIORS 1-1 MSSPP-PSHA

Advertisement

Must Watch Video